Assalamualaikum
Hai ..dah lama tak bersua. Tahun demi tahun banyak perubahan berlaku. Dari anak 2 ke anak 4. Dari aktif berniaga, senyap seketika, kemudian berniaga pakai FB, shopee kemudian sekarang TikTok.
Tapi semakin hari platform e-commerce menekan² dengan fees yang tak berkesudahan. Untung dropship yang dulunya boleh senyum lebar sekarang tinggal nyawa ikan. Nak senyum pun tak dapat selepas di tolak segala fees. Mcm tolong promo for free je kan. Trend sekarang menjadi affiliate. Ada la komisen masuk sikit. Tapi persaingan antara affiliate ramai betul. Yang popular ramai la yang klik link affiliate.
Saya menulis bukan untuk merungut , sekadar meluahkan . Tahun 2026 zaman perang antara U.S dan Iran. Sebab tu lah ekonomi sekarang tidak menentu. Harga minyak makin naik, taraf hidup makin meningkat. Kuasa jual beli pelanggan tak mcm dulu dah.
Harapan saya , moga situasi ini tak lama . Moga ekonomi dunia makin pulih. Traffic ke blog atau ke link e- commerse saya semakin meningkat. Dan kuasa beli pelanggan tinggi balik. Insya Allah










